Kaki Saya Lebih Bersih Dari Muka Saudari

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.
Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki(washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.
Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).
Ulama: Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)
Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).
Ulama: Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.
Nota Kaki:
Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Atas darat ke, di awangan ke, bila tiba masanya, kerjakanlah. Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Kalau tak nak tanggung, pandai-pandai la jawab nanti di muka pengadilan Allah.




Assalamualaikum, terbaik…
Noorikmal post terbaru : Alhamdulillah, Rezeki Nuffnang Bertambah Juga Akhirnya
wasalam, terima kasih.
Anep post terbaru : Kaki Saya Lebih Bersih Dari Muka Saudari
jawapan yg bagus =)
mr.pingu post terbaru : Kisah Mahasiswa Universiti Berkahwin sebelum tamat pengajian
kaw2 je kena nga ulama tu..hehehe
pengumpul lirik lagu post terbaru : Bara Bara Bere Bere Lyrics – Leo Rodriguez
sepatunya pramugari tersebut memberitahu. didalam perbangan air terhad dan perlu dijimatkan. diboleh bertayamun ataupun jika ingin mengambil wudu’ minta kebenaran ketua pramugara/i dan cukup sekadar 500ml dan menyapu khauf.
itu tuntutan agama…wajib kita buat