Kartun Animasi Superhero Tempatan BoboiBoy, Best Sangat Ke?

Salam, pernah tengok Upin dan Ipin? Tipu lah kalau ada di antara kita tidak pernah melihatnya. Atok dan Nenek korang pon pernah layan cerita macam nie. Faktor umur bukannya penghalang. Tak kira la korang kanak-kanak ke, remaja ke, dewasa mahupon orang tua. Serock-rock mana pon, seblack metal mana pon, dan segila mana pon korang, mesti pernah tengok kan? Serius aku cakap. Dunia animasi kat Malaysia ni makin berkembang dari hari ke hari bagai menternak lemak di badan sendiri. Dah makin berlambak pelajar yang berminat memceburi bidang animasi nie. Minat atau tidak je. Dulu, ramai orang beranggapan kos animasi nie tak boleh pergi jauh. Belajar punyak nak rak, abis belajar keje pon tak ada. Tak ke hampeh tu!

Tapi zaman sudah berubah, tiada lagi kartun-kartun keras yang bergerak bagaikan kertas seperti tahun 80-an dulu. Tiada lagi kartun yang mempunyai sound effect yang tah ape2. Tiada lagi kartun hitam putih lagi. Tiada lagi semua itu! Teringat suatu ketika dulu, punya la semangat bangun awal-awal pagi gara-gara nak tengok kartun. Last2, kartun keras cam hampeh tu je ade. What the Hell? (WTH tak popular lagi abad tu,Hehe). Terus je tutup TV dan keluar bermain. Bukan nak kutuk atau mencaci, inilah realitinya. Bila dipikirkan, betapa jauh bezanya nya dulu dan sekarang. Betul tak? Berbalik kepada entry kali ini. Aku rasa dah ramai yang tahu mengenai kartun animasi Superhero tempatan iaitu Boboiboy. Tapi mungkin ade yang belum mengetahuinya. So kali ini aku nak review sikit tentang kartun Animasi Boboiboy.

Boboiboy adalah produk sulung 4orang anak muda dari Animonsta Studios yang memperjuangkan daya kreatif mereka iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd Safwan Ab Karim, Muhamad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin. Meskipun ini adalah buah tangan pertama dari diorang. Kebolehan diorang menterjemahkan daya kreativiti sebelum ini diakui ramai orang. Rantaian 26 episod yang bakal menemui korang semua di kaca TV3 dengan 11 minit bagi setiap episod akan ditayangkan pada Mac ini. Ape yang menariknya di sini, Boboiboy bakal melangkah jauh menjentik emosi rakyat di 16 buah negara.
Animasi yang dihasilkan dalam 2 versi isitu versi Melayu dan Inggeris membwa dua pelantun suara, Nurfathiah Diaz,11 dan Wong Wai Kay,10 sebagai watak utama Boboiboy.Seperti mana yang korang tahu, suara comel adik nurfathiah dalam Upin dan Ipin memikat hati seluruh rakyat Malaysia.
Sinopsis Boboiboy
BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza.BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.
Selain dari Boboiboy,antara watak yang bakal menarik perhatian ialah Yaya yang dilakonkan oleh Nur Sarah Alisya untuk versi Melayu dan Fairuz Arfa Ariff Syahh dalam bahasa Inggeris. Watak yang dilakonkan adalah terserlah apabila masing-masing menyumbangkan Idea tentang gaya bahasa yang sering diungkapkan kanak-kanak.Yaya merupakan watak sampingan yang tidak kurang hebatnya. Sebagai budak perempuan bertudung yang mempunyai kuasa terbang, karakter berkenaan pasti menjadi tarikan kepada peminatnya kelak.Antara watak lain yang turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah superhero pertama kanak-kanak Malaysia itu ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.
Anip : Macam best je cerita kartun nie. Hehe. Superhero Tempatan beb! Nanti aku kongsikan link untuk download cerita nie yer. Kalau nak tau lebih lanjut pasal cerita nie, korang bole LIKE dekat Fanpage Boboiboy dan Follow Twitter Boboiboy. Hehe.

baru baca tntg ni kat majalah KAWAN..
suara si boboiboy ni..guna suara upinipin yg mula2 tu..Fathiah…
ingtkan produk keluaran Les’ Copaque..rupanya bukan…bwh syarikat animosnta..tp org2/tenaga kerja yg sama..
tak sure lak samada dieorg ni dah keluar dr syariki..or syarikt baru ni..anak syarikat Les’copaque
nabilah_2908 recently posted..BUBUR JAGUNG
budak yang sama juga..huhu ntah la, tak brpe tahu sangat syarikat mana.hehehe
boboiboy adalah keluaran animonsta..bukan upin ipin atau anak syarikat les copaque…mmg muka org yang sama sebab bos2 dari boboiboy adalah org2 kuat les copaque dulu..senang cerita..dua2 ne xda kaitan..company yg berbeza tapi dengan motif yang sama..mengeluarkan cerita animasi 3d untuk tontonan kita… so sokong la boboiboy!
Tapi memang model drawing macam ada persamaan dengan upin dan ipin. Aku pun ingat dari syarikat yang sama
sawn recently posted.. Internet Sami Yusuf – Supplication – Nasyid- Zikir dan Doa
syarikat yang lain la, suara latar org yg sama, heheh
tahun lepas masa kat conference… bro tengok animasi BoBoiBoy memang terbaik..
dan penerangan yang bro terima dari pihak dorang amat memuaskan…
mmg target utama mereka ke pasaran antarabangsa…
alasannye…??
nanti la bro kongsikan
Bro Framestone recently posted..Pendapat Mereka Mengenai Isu Bercinta Dengan Blogger
ape alasannya,, aiyak, hehehee. tak sabar nk tgk citer boboiboy nie, hehe
budak-budak mesti suka tengok ni kan.
abrablog recently posted..5 Reason why people hate to click your ads
tp knapa pkai suara org yg sama.cam tak best ja.melainkan bdk fathiah tu bole tukar sora len ok la jugak.bukan apa,cam tak feel.bila ak tgk tu rasa cam roh upin ipin dlm bdn boboiboy
bagi ak kartun ni best la jugak.setakat nak bagi budak2 tgk terhibur dh boleh lepas dah sebab gambar dh cantik, pastu lawak dy boleh la jugak wat ak gelak tyme ak tgk minggu lepas
go boboiboy!!!
bila nak episod baru
terbaik
tak tau
hehehe
boboiboy memang best.kartun yang paling best yg pernah aku tengok.
boboiboy amat saya minti….