Maxis Broadband Atau Celcom Broadband, Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, sebenarnya aku tak ade mood nak update blog yang tak beberapa gempakz nie. Entah kenapa tapi mengapa jadi malas yang teramat sangat mungkin mood aku masih lagi raya dan masih mahu mengumpulkan duit raya Wahahaha. Ada orang ke sape2 nak bagi duit raya kat aku, mestilah ada kan3, Hehee. Thanx yea ! Wah, dah melalut lebih pulak aku nie, lari daripada topik yang ingin dibincangkan diatas.Hehehe.
Aku sekarang dalam dilema sama ada hendak memilih Maxis Broadband Atau Celcom Broadband. Ini kerana terdapat banyak kelebihan dan kekurangan apabila menggunakan Broadband tersebut. Dan ramai orang yang aku tanya, dan semua ada pendapat masing2, hmm ! So, aku nak buat sedikit review tentang Maxis broadband dan Celcom Broadband supaya senang untuk kita membuat pilihan.

Maxis Broadband adalah sambungan internet berkelajuan tinggi yang boleh dilayari dimana sahaja. Apabila korang mendaftar untuk perkhidmatan ini, korang boleh mmendapat berbagai manfaat yang menempatkan keperluan di atas segalanya yang lain. Korang boleh melayari internet 15 kali lebih cepat dari modem dial-up yang biasa. Package2 yang ditawarkan oleh Maxis Broadband ! Kalau aku memilih maxis broadband aku hanya package yang pertama sahaja kerana cost dia tak la membebankan dan sesuai untuk aku yang tak bekerja. Betol tak?

Kadang2 coverage maxis nie tak begitu meluas, so korang boleh check coverage Maxis Kat tempat korang kat sini Location Finder For Wireless Broadband

Celcom adalah pembekal mobile broadband No.1 Malaysia, dan dengan alasan yang baik diorang menawarkan liputan terluas (lebih daripada 71% dari wilayah berpenduduk Malaysia). Dengan menawarkan nilai lebih untuk setiap pakej, pelanggan diorang berkembang dari hari ke hari. Jom kita tengok package yang ditawarkan oleh Celcom Broadband !

Majoriti kawan2 aku yang menggunakan Celcom broadband tak berpuas hati, so diorang dah bertukar kepada Maxis broadband. Diorang kata internet slow sangat walaupun dapat line 3G !
p/s : aku tengah survey nie, sama ada nak guna Maxis Broadband atau Celcom broadband ? nanti aku dah ade broadband boleh aku update selalu. aku x bole la lau xade internet.jap2, dengar kata maxis ada menawarkan package untuk youth. Kalau korang tahu serba sedikit kongsi la yea.




pakai memane pun sama je
broadband u mobile plg best..tp xsuma tmpt ada..pakej plg mahal pon rm 68 je..pastu unlimited..nak download pape pon xkisah..sbb unlimited..
celcom pnah pakai gak tp certain area je..pastu xbape laju..xbest…
maxis best..laju n kbykn tmpt konfem dpt..tp mahal sket laa..
kelhome : same je yg mne pon..hmm..
puput : maxis best yes..ni membuatkan nk cube maxis nie..hehe
setakat ni celcom bb terbaik..ikut pakej gak dgn line..
http://zuarxpdc.blogspot.com/2009/12/18-teknik-mudah-promosi-blog.html
digi bro trbaek speed…
zuar : celcom bb ye yg terbaek..woke2..tp ikut packkage yg kite ambk gak kn?
perondajaketbiru : digi yer..tapi coverage dia meluas tak?
sebab pening nak pilih la aku pakai stremyx,tapi bila di luar baru terasan nak pakai brodband
heheheh
Kalau nak pakai Celcom, pastikan tempat anda ada HSDPA..
Baru speed ok..
(tapi kadang2 tak ok gak..)
kalau nk guna bb, kena tengok tempat ada coverage ke tak. and line jenis apa hsdpa ke. Aku skrg guna celcom bb basic yg rm68 sebulan. minggu pertama puas hati sgt. the next week hampeh. Tiap hari makan siput kering.. haha.. lepas ni nak tukar maxis lak cmana..
kalau nk try 1 per 1 boleh, tapi dlm masa 7 hari kena pulangkan kalau x puas hati supaya leh dpt balik activation fee tu
dnobiz : aku pon bru nk pakai brukbnd..slalu streamyx jer
im : thnx yea..aku cdg pakai maxis jer..
kyuubi : cmtu pon bole ea…hmm
semua xyah pakai..broadband kat Malaysia ni still slow..pakai streamyx je cun..huhu
Salam…
Saya just nak komen pasal broadband ni… saya dok kat Sg Buloh KL (maxis xder coverage), pastu tukar pada celcom (celcom nyer service center teruk betul,,, line pun teruk juga kalo kena time ) lepas tu nak apply streamyx (Telekom kata port dah penuh)… sudahnya x pakai la….
celcom????? hampeh tul…… xpuas ati lgsg….