Air Kosong Penawar Segala Penyakit

Assalamualaikum, seperti mana yang kita ketahui, air kosong mempunyai banyak khasiatnya tetapi ia jarang di amalkan kerana manusia sekarang lebih mengutamakan rasa dari khasiatnya, iye dak? Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

.jpg)
.jpg)



