Siapa Sebenarnya Hosni Mubarak Nie? | Gempakz Siot [dot] Com
Article

Siapa Sebenarnya Hosni Mubarak Nie?

Hosni Mubarak Siapa Sebenarnya Hosni Mubarak Nie?

Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak dilahirkan pada 4 Mei 1928 merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981. Sebelum menjadi Presiden, Hosni Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981. Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.

Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.

Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (28 tahun pada 2009). Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.

Menurut BBC, Mubarak terselamat dalam 6 cubaan bunuh.Pada bulan Jun 1995 cubaan bunuh melibatkan Al-Gama’ al-Islamiyya (Islamic Group) dan Jihad Islam Mesir . Ketika itu beliau berada di Ethiopia untuk menghadiri persidangan Organisasi Afrika Bersatu (AU). Apabila Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama’ al-Islamiyya pada 1999 kerana kesalahan mahu melancarkan revolusi pertubuhan Islam.

presiden amerika syarikatobama dan hosni mubarak Siapa Sebenarnya Hosni Mubarak Nie?
Fakta lain tentang Hosni Mubarak

Mubarak, 82 tahun, mengambil alih pemerintahan setelah kelompok radikal Islam menembak mati presiden sebelumnya, Anwar Sadat, pada tahun 1981. Komando angkatan udara ini sebaliknya “tahan lebih lama” memerintah daripada yang dibayangkan pada ketika itu.

Mubarak dikenali sebagai seorang yang giat melakukan reformasi ekonomi yang dipimpin oleh kabinet di bawah Perdana Menteri Ahmed Nazif. Tetapi dia menutup rapat pintu pembangkang untuk berpolitik.

Dia telah menolak perubahan politik yang signifikan, bahkan di bawah tekanan Amerika Syarikat, yang telah menyogokkan berjuta-juta dolar bantuan ketenteraan dan lainnya ke Mesir kerana menjadi negara Arab pertama yang bersedia berdamai dengan Israel, menandatangani perjanjian pada tahun 1979.

Mubarak memenangi pemilihan pertama multi-capres tahun 2005 meskipun keputusannya sudah dijangkakan. Kelompok hak asasi manusia dan penganalisis mengatakan pemilihan itu penuh dengan penyimpangan dan penyelewengan.

hosni mubarak dan israel Siapa Sebenarnya Hosni Mubarak Nie?

Mubarak tidak menyatakan apakah dia akan terus memerintah untuk penggal keenam  pada tahun 2011. Para penjawat kerajaan telah meramalkan bahawa dia mungkin akan terus memerintah, walaupun persoalan tentang kesihatannya dibangkitkan setelah melakukan pembedahan di Jerman Mac tahun lalu. Rakyat membaca dia bakal menyerahkan kekuasaan kepada anaknya, Gamal, yang kini berusia 47 tahun. Namun baik Mubarak mahupun Gamal menyangkal dakwaan itu.

Gamal, tidak seperti ayahnya dan presiden Mesir lainnya, tidak memiliki latar belakang ketenteraan. Para pemerhati politik mengatakan bahawa adalah lebih sukar bagi Gamal untuk naik sebagai presiden. Mubarak merupakan seorang penyokong kuat Israel dan Amerika. Beliau menghalang pelarian Palestin untuk melalui wilayah Mesir. Beliau juga antara orang yang membangkang keputusan Amerika untuk berundur daripada Iraq

p/s : Dan untuk pengetahuan korang semua, Presiden Mesir, Hosni Mubarak merupakan seorang yahudi. bukannya islam, ni pon aku tahu dari amirulez. Tak tahu sama ada betol ke tidak. Kalau ade info share lah kat sini yer. Wallahu a’lam.

Sumber : Amirulez

pixel Siapa Sebenarnya Hosni Mubarak Nie?


36 Responses to “Siapa Sebenarnya Hosni Mubarak Nie?”

  1. Sembang Hari2
    February 5, 2011 at 7:59 am #

    Berita dari Mesir yang sedang hangat pada masa kini..

    Diharapkan semua pelajar-pelajar Malaysia dapat pulang dengan selamat ke tanah air..
    Sembang Hari2 post terbaru : Readers Digest nak bagi RM200-000My Profile

    • Anip
      February 5, 2011 at 2:06 pm #

      amin, semoga rakyat malaysia kt sana dapat pulang dengan selamat.

  2. syg yatt
    February 5, 2011 at 8:34 am #

    birthday dye sama aku lar..huuhu

  3. rie
    February 5, 2011 at 6:55 pm #

    dah 82 ke umur die?
    amboi..org jahat sllu pnjg umur..huhu
    rie post terbaru : Pink Fisheye2 Camera and Expired Kodak GoldMy Profile

  4. fitri
    February 7, 2011 at 3:47 pm #

    paling aku geram sebab tak nak bukak sempadan rafah..kesian orang palestin..eloklah dia digulingkan..

    sehat lagi die ni eh…padahal umur dah 80 lebih
    fitri post terbaru : Album H I J R A H UNIC-HPA Dilancarkan Hari Ini!My Profile

  5. SobriMansor
    February 24, 2011 at 1:52 pm #

    Sebaik-baiknya lagi baik berundur diri secara aman daripada cara rakyat memprotes. Tak rugi pun. Dah lama memerintah, takkan tak cukup2 lagi harta yang dikumpul. Bagi la laluan pada orang lain plak kan. BEtoi tak?
    SobriMansor post terbaru : SobriMansorcom Mana pergi mood nih Ko lari ke mana yer!!!!My Profile

  6. khalid-Al Walid
    December 15, 2012 at 9:16 pm #

    semasa mubarak dilantik menjadi president pada malam itu dia meloncat loncat kegembiraan dan bernyayi bahawa “aku sudah jadi president aku sudah jadi president..mcm budak2.

Leave a Reply

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: