Sifat Mulia Yang Ada Pada Anjing | Gempakz Siot [dot] Com
Article

Sifat Mulia Yang Ada Pada Seekor Anjing

ALL SMILES l Sifat Mulia Yang Ada Pada Seekor Anjing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. Hassan Al-Basri r.a juga mengatakan bahawa pada anjing mempunyai sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin :

Pertama : Anjing itu sentiasa lapar, dia jarang makan sampai kenyang. Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua : Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap. Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga : Anjing tidak tidur pada waktu malam, melainkan sedikit sahaja. Dia selalu berjaga-jaga. Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat : Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris. Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

article 2040461 0E0895CB00000578 105 306x423 Sifat Mulia Yang Ada Pada Seekor Anjing

Kelima : Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah. Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam : Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawaduk orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh : Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan : Jika ia dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan, dia menerimanya. Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.  Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan : Jika anjing melihat orang makan, dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu. Jika diberi makan atau tidak diberi, dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh : Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.

sumber : LayarMinda

pixel Sifat Mulia Yang Ada Pada Seekor Anjing


No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: