Rumah Pokok Yang Tersembunyi Di Gunung Whistler

HemLoft adalah sebuah rumah pokok berbentuk telur yang comel dan ia dibina di atas Gunung Whistler. Ia amat menakjubkan, tetapi kerana ia dibina secara rahsia di atas tanah kerajaan, nasib rumah pokok ini tidak menentu.
Pada tahun 2009, Joel Allen, seorang jurutera perisian kembali sendiri belajar menukang kayu dan mula membina kembali struktur di atas pokok yang menyokong semua berat loteng tersebut. Walaupun HemLoft yang terletak lebih kurang lima minit dari jalan yang terdekat, ia tidak mempunyai sebarang bekalan elektrik ataupun air yang mengalir. Pada musim panas, Allen dan teman wanitanya tinggal di rumah pokok itu dan bermandi manda di sungai yang berdekatan.
Walaupun dia memelihara rahsia HemLoft begitu lama. Beliau tidak tahu apa yang akan berlaku dengan rumah pokok itu, kerana ia telah dibina di atas tanah Komanwel tanpa kebenaran. Tetapi dia membenarkan pelawat untuk merasai rumah pokok tersebut, dengan syarat mereka boleh mencarinya terlebih dulu.




