Tips Penting Untuk Mulakan Blog Baru

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Korang apa khabar, Baik eh? Baguslah tu, Hmm, Berbalik kepada Entry kita pada kali ini, aku nak berkongsi dengan korang semua Tips-tips Untuk Mulakan Blog Bagi Blogger Baru. Aku rasa tips-tips seperti nie penting untuk blogger baru (newbie) yang berhasrat untuk memiliki sebuah blog. So, malas aku nak cakap banyak. Apa kata korang tengok tips ini untuk dijadikan panduan korang. Hehe. Perkara yang perlu dititikberatkan jika korang ingin memiliki blog adalah :
1) NAMA DAN URL BLOG

Adalah penting sekali bagi korang untuk memiliki nama dan url blog yang sesuai untuk blog korang. Nama dan url blog tu terpulanglah kepada korang nak memilihnya kerana ia melambang keperibadian blog dan tuan punya blog sendiri. Sekiranya korang ingin memilih nama dan url blog, pastikan korang memilih nama dan url blog yang ringkas, mudah di ingati serta menarik pengujung untuk melawatnya.
Contohnya : [gempakzsiot.com] Begitu ringkas, mudah di ingati dan yang paling penting dapat menarik pengujung untuk mengunjunginya. Bwahaha !Dan jangan sesekali korang meletakkan nama yang terlalu panjang dan sukar untuk di ingati seperti [iniblogakubukanblogkola.com] kerana ia menyukarkan pengunjung untuk berkunjung dan mengingatinya. Hehe. Selain itu,pastikan nama dan url blog korang tiada simbol atau nombor ye ! Susah kot kalau ada simbol dan nombor.
2) BAHASA YANG DIGUNAKAN DALAM BLOG

Apabila korang ingin menulis entry pada blog korang, pastikan entry itu adalah bahasa melayu penuh. Tak pon kalau nak tulis dalam English, biar semua english ok. Elakkan menggunakan bahasa rojak campuran dan juga bahasa SMS bak kata Aizuddin.
Kenapa korang perlu berbuat sedemikian? Mestilah ada sebab-sebabnya, iaitu blog korang lebih mudah diindeks oleh Google, Yahoo, Msn dalam bahasa melayu penuh yang skema bukannya bahasa rojak. Cuba korang pikir? Kalau orang nak search (cari) apa-apa kat internet, mesti diorang akan menaip bahasa melayu penuh. Betol tak? Tak ade yang nak taip bahasa SMS tu, Google pon tak paham ape yang ditulis, Bwahahah.
3) PERMUKAAN KAWASAN BLOG

Apa tu permukaan kawasan blog? Hah! Kalau korang nak tahu permukaan kawasan blog adalah interface blog lah. Aishhh, Bagi aku la, sekiranya blog tu mempunyai permukaan kawasan yang menarik, sedap mata memandang dan memudahkan pembaca seperti blog Justkhai ni, Dah kompem la blog korang mesti ramai orang akan mengunjunginya. Betol! Aku gerenti.
Header : Pastikan korang memilih header yang menarik sekali dan sedap mata memandang walaupon header tu simple sangat macam header aku. Hehe. Header adalah 1st impression untuk sesebuah blog dan ia melambangkan blog tersebut. So, hiasilah blog korang dengan header yang menarik ye !
Tulisan : Aku rasa tulisan juga memainkan peranan penting sebab sekiranya tulisan korang terlalu kecil ia menyukarkan pembaca untuk membaca entry korang. Pastikan tulisan korang sesuai mengikut saiz dan tak perlulah korang nak kaler tulisan warni warni sebab ia hanya menyakitkan kepala apabila membacanya.
Template : Pemilihan template adalah penting bagi setiap blog. So, pandai-pandailah korang memilih template blog yang sesuai. Aku rasa lebih sesuai kalau korang memilih template yang simple, ringan dan mesra SEO. Lepastu, gunakan kreativiti korang dalam menghiasi blog tersebut. Betol tak?

Hah! Selesai lah Tips-tips Untuk Mulakan Blog Bagi Blogger Baru. Hehe. So, kalau aku ade masa terluang lagi, aku akan buat tips yang lain pulak yer. Hehe. Tunggu yer !

thanks !
Ajeyy Khalid recently posted..Lee Chong Wei Terlepas Kejuaraan Korea & Bukti kenapa Lin Dan Hebat !
setuju 100% huhu…
memang sangat2 la semua newbie tahu pasal ni
mira_nas recently posted..KYLE!
hehe, memang newbie wajib tahu semua nie, sebelum diorng mula berblog, hehe
yey! terimakasihhhh,,,
nice info utuk mereka yg mau berjinak2 ngan dunia blog…
nash recently posted..Terlepas Lagi Gathering Bersama Blogger- Alahai
hehehe
aku ade masalah la
xleh nk follow blog org
heheh. nice la sangat. tu la, kalau ade masalah tanya aku, aku bole tolong.
erk gempakzsiot ialah nama yg bagus? serius?
kalau orang eja gempak+siot, takkan ade z kt tgh2 maka susah org ingat
ARC™ recently posted..Cara bypass Internet kerajaan Mesir
bagus kot, ko ni. bagi support sikit. z macam lain dari yang lain la. hehehe
nak bukak blog baru lah.
saya_arief recently posted..FACEBOOK DEACTIVATED
huhu, ko nak buke blog ape weh, blog ko tu dah cukup popular dah, hehehe
hrumm…tertarik pada nama blog/url blog…
sy dah buat kesilapan kat sini…URL n nama blog tak sama…panjang pun yer juga..
nk ubah mmg tk boleh la…kekal kan je la…
nabilah_2908 recently posted..HARI MENTERNAK LEMAK
hehe, aku pon ade gak silap kat nama/url blog tu, ade z daa. tapi biarkan jer, bwahahah.
haish, aku geget gak dak anip ni. nak bg tips kat org, tp dia sendiri lakukan. hehe, pertama, bab nama blog. apa yg ko maksudkan? nama blog or domain? nama domain kan? bab kedua, bahasa Melayu atau English, betul. aku setuju, jgn guna bahasa rojak atau sms. tp aku tgk tukang bg tips ni yg buat kot, rojak campur sms. jadi pasembur dah. :P bab ketiga, rupa paras blog. slim, bagus page load pun laju. tak perlu nak letak gambo2 bebyk. yg ni ko pas. :P
Mohd Isa recently posted..Koleksi-koleksi Kuliah Agama
bwahaha, nama dan url blog aku memang da lama macam tu, malas nak tukar, biarkan saja. hehehe. aku dak tukarkan, nasib ko ingatkan. domain la, heheh.ade aku gune bahasa rojak ke, aku pon kekadang tu terlepas pandang, hehe. main taip jer.apepon jom kite perbaiki lagi.
haha, saja suka2 komen. best kalau discuss bab tips2 ni. byk benda yg kita pelajari. kadang2 bahasa rojak lebih baik dari skema gila. barulah mesra dgn pembaca, seronok membaca dan seronok kita nak menulis tanpa kekangan. betul tak, tak payah sangat nak follow google tu, boleh jadi gile nnt. hehe
Mohd Isa recently posted..Koleksi-koleksi Kuliah Agama
ini bapak seo dah komen..kui3
syahrilhafiz recently posted..Statistik SyahrilHafizCom Januari 2011
haha, bapak linux plak komen. :P
Mohd Isa recently posted..Review Bulan Januari 2011
LOLX..bapak penguin mari..ekeke
syahrilhafiz recently posted..Gayakan Tema Windows dengan WindowBlinds
satu lagi | Avoid background hitam tulisan putih, pergh!
betol2, aku setuju, tapi kalau ade blog cmtu tapi menarik bagi pandangan, ok jer. heeheh
wah~ banyaknya typo kau tulis..ekeke, terbaik dah ni buat newbie
syahrilhafiz recently posted..Statistik SyahrilHafizCom Januari 2011
pasni cuba bagi tips nak tarik visitor based pada content ok..
kau punya entri aku tengok byk gambar, best to siot…
huh! nanti kalau aku ade masa aku buat tips yg laen pulak yer, hehehe. terima kasih.
thanx bro..memandang kan alief pun newbie juga..baru 27 hari..nice tips by the way..bro,,kalau bro free,,dtg la singgah blog saya..mana tahu bro boleh tegur penulisan aku..boleh gak aku belajar sikit cara2 berblog dari blogger otai mcm bro ni.. kalau bro baik hati time singgah tu,,follow la sekali.huhu…thanx bro…
alief recently posted..ADINDA !!! JGN TINGGAL KAN DAKU!! DAKU SANGAT MEMERLUKAN ADINDA
hmm, dont call me ‘otai’ . aku pon baru lagi, awal bulan ni jer. baru buat blog wordpress, tengoklah kalau aku ade masa yer.
Anip recently posted..Tips Penting Untuk Mulakan Blog Baru
Sebenarnya dalam berblog ianya bergantung kepada niche yg diguna. Jika nichenya ada lah pesonal, maka terserahlah pada tuan punyanya. Namun jika nichenya adalah untuk umum, maka ia kena lah mengikut pandangan majoriti umum seperti mana yg tertulis pd entri.
Kebanyakan tip yg di atas adalah utk blogger yg mementingkan seo/serp, bagi yg hanya utk suka2.. kebanyakannya hanya mahukan trafik hasil blogwalking shj.
Walau apa pun.. nice entry & thanks for sharing.
fikryn recently posted..SEO Sudah Optimum- Tetapi Tiada Kesan Dalam SERP- Kenapa
huhu, terima kasih, heheh. tips dari ko pon ok juga, hhehehe.
Anip recently posted..Tips Penting Untuk Mulakan Blog Baru
aku rsa template dan isi blog kot… link x penting tgk sja blog power2 … kdang2 ada yang link entah kita x igt…cuma search kt google je.
Kodet recently posted..Cara maintain trafik blog
saya rasa blog ni lagi lawa dari justkhai tu http://crackfive.blogspot.com/
owh…macamana dgan saya punya blog ni..ok tak?